Our Life in Bits And Pieces

Here is where I will tend and nurture my baby and keep track of his progress towards becoming a man!

Blog

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak

mommy2h Posted by mommy2h at 03:12 PM on September 13, 2009

Perkongsian bersama. Dipetik dari Info Dakwah


Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak ? anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ?list to do? untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak ? anak.


1.      Membaca untuk anak - anak

2.      Meminta anak - anak membaca

3.      Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran

4.      Berlatih kemahiran matematik bersama

5.      Menulis

6.      Belajar/ mendalami Islam

7.      Berbual

8.      Aktiviti mendengar dan menulis

9.      Belajar/ memahami Bahasa Arab

10.    Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan


1. Membaca untuk anak kita setiap hari


Kelebihan membaca untuk anak anda adalah: 

  • Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
  • Ini membantu menambah perkataan ? perkataan baru dalam kamus anak - anak
  • Ini membantu anak ? anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
  • Aktiviti ini membantu anak ? anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
  • Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak ? anak
  • Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak ? anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
  • Ianya juga memberi peluang kepada anak ? anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka. Teruskan membaca untuk anak ? anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.

Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar


Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka 


2. Meminta anak ? anak membaca


  • Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran ? kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya
  • Membaca setiap hari adalah penting!
  • Bahan untuk dibaca anak ? anak adalah bergantung kepada tahap umur masing ?masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran

Mintalah anak ? anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.


3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran 


  • Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.
  • Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
  • Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya) 


 4. Berlatih kemahiran matematik bersama.


Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak ? anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:

  • Menyelesaikan soalan yang diberikan
  • Bermain teka ? teki matematik
  • Kelas matematik

Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!


5. Menulis


Minta anak ? anak kita menulis setiap hari untuk memperbaiki tulisan mereka dalam masa yang sama mereka dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau alami melalui tulisan.

Ada beberapa cadangan:

Menyalin semula. Minta anak ? anak menyalin semula huruf, nombor, perkataan,ayat, peranggan dari pelbagai sumber seperti buku, surat khabar, tanda isyarat, label, ayat Al Quran dan juga Hadith

Minta mereka untuk membacakan semula apa yang telah mereka tulis 

Minta mereka menyalin senarai seperti barang keperluan dapur, senarai ke pasar raya, judul buku yang sudah di baca, nama adik beradik dan ahli keluarga. Anak ? anak juga boleh diminta menulis surat .


6. Belajar/ mendalami Islam 


Ajarkan kepada anak ? anak kita tentang konsep ? konsep asas yang penting dalam Islam seperti rukun Islam dan rukun Iman.

Mempraktikkan bacaan doa dan etika harian sebagai seorang muslim (semasa bangun tidur, hendak tidur, sebelum makan, semasa makan, selepas makan, keluardan masuk bilik air, beri salam, bersin dan sendawa)

Membuat praktikal solat bersama anak ? anak  (mengikut pada tahap anak ? anak itu sendiri). Kalau pun tidak pada setiap hari, jadikan ini sebagai rutin mingguan supaya kita dapat memastikan mereka dapat belajar dan akhirnya mendirikan solat dengan betul.  


7. Berbual


Masa makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak ?anak. Luangkan masa untuk bercakap dengan anak ? anak sejak mereka masih kecil lagi.

Jangan lupa menjaga beberapa perkara semasa berbual dengan mereka:   

  • Menjaga eye contact
  • Jangan menyampuk
  • Mendengar dengan perhatian
  • Memberikan tindak balas atau respon yang sesuai  
  • Pada pendapat saya, sekiranya anak ? anak tersilap sebut, mereka perlu dibetulkan dengan lembut .

 

8. Aktiviti mendengar dan menulis


Tuliskan/sediakan untuk anak ? anak beberapa perkataan atau bahan untuk dibaca,kemudian kita menyalin apa yang dibacakan.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara bergilir, dimana kita pula membaca kemudian anak ? anak menulis apa yang dibacakan untuknya.

Aktiviti ini boleh melatih kesemua empat kemahiran dalam bahasa iaitu menulis, membaca, bercakap dan mendengar

Ianya membantu dalam melatih ingatan anak ? anak. Kajian menunjukkan bahawa menulis apa yang didengar dapat merangsang perkembangan bahasa anak ? anak.  


9. Belajar/ memahami dan bercakap Bahasa Arab


Cuba untuk mempelajari bahasa Arab setiap hari, sama ada melalui kelas secara formal atau tidak formal dengan cuba berbual dalam bahasa ini antara satu sama lain. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa agama kita, oleh kerana itu bahasa ini amat penting untuk dipelajari.  


10. Menyelia,mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan


Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak ? anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik.

Luangkan masa untuk mengawasi anak ? anak kita dari segi kebersihan dan kekemasan semasa;

  • Menggunakan bilik air
  • Mandi
  • Memberus gigi
  • Makan
  • Menyikat rambut
  • Memotong kuku
  • Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama ? sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan pada diri mereka.
  • Aktiviti memasak bersama juga salah satu dari idea yang menarik untuk dicuba.


Adaptasi dari perkongsian Umm Ibrahim bint Milton

 


Categories: Parenting, HomeSchool

Post a Comment

Already a member? Sign In

0 Comments

Welcome

Search

Recent Blog Entries

by mommy2h | 0 comments
by mommy2h | 2 comments
by mommy2h | 2 comments
by mommy2h | 0 comments

Recent Forum Posts

Upcoming Events

No upcoming events

Follow me on Twitter

Quote of the Day

Quote of the Day

Badges

Malaysia Homeschool Community Unite

Where Supermoms Unite


Newest Members

miela77kambingbujang